SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, KUALA NERUS

Rabu, 24 Februari 2016

Perarakan Apresiasi SKOMT

Perarakan Apresiasi peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 23.02.2016 hari selasa sempena menyahut seruan dari Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin,Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).Satu taklimat oleh En Abdul Halim bin Mohamed, guru besar Skomt diadakan di dewan sekolah sebelum perarakan bermula.












Isnin, 22 Februari 2016

Program Guru Penyayang SKOMT

Program Guru penyayang telah dilancarkan pada 21.02.2016 hari Ahad didewan sekolah SKOMT dan telah dirasmikan oleh En Azwi bin Jusoh , Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sekolah Kompleks Mengabang Telipot.







Selasa, 16 Februari 2016

Program Teroka Alam Semulajadi Bersama Muzium Negeri Terengganu


Pada hari Selasa, 16 Febuari 2016 program Terokai Alam Semulajadi telah berlangsung di sekolah Kompleks Mengabang Telipot 21030 Kuala Nerus.program ini merupakan anjuran Muzium Negeri Terengganu dengan  kerjasama Panitia Sains dan Sejarah.Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas dari En Ahmad Khairul Azmanbin Rozali ketua bahagian Pendidikan ,Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Program ini juga berjaya menarik minat murid-murid dan guru dari sekolah-sekolah yang berhampiran.



















Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pegawas Kedai Sekolah & Pembimbing Rakan Sebaya

Pada hari Ahad , 14 febuari 2015, SK Kompleks Mengabang Telipot telah mengadakan majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Kedai Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya .Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Inspektor Khairul Nizam b Shukri.Majlis tersebut diadakan untuk mengiktiraf jawatan pengawas yang dipilih dan seterusnya memperkenalkan pengawas-pengawas kepada semua warga sekolah.





Rabu, 3 Februari 2016