SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, KUALA NERUS

Khamis, 28 Januari 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS dan Pelancaran Program NILAM & Light Reading Peringkat Sekolah 2016

            Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pelancaran Program NILAM & Light Reading  telah dilaksanakan pada 24 Januari 2016 iaitu pada hari Ahad. Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Nurdiyana bt. Shafie, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG, Mengabang Telipot. Majlis dimulai dengan ucapan daripada Pn. Hjh. Zailani bt. Abdullah, Penyelaras NILAM dan diikuti oleh Pn. Hjh. Jamayah bt. Tailan, Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris, seterusnya ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar, En. Abdul Halim bin  Mohamed.
            Majlis diteruskan dengan dua persembahan daripada murid iaitu persembahan pertama oleh adik Zulfah Izzah bt. Zulkifli dengan bacaan petikan cerita Bawang Merah dan Bawang Putih. Persembahan kedua disampaikan oleh adik Wan Kauthar bt. Wan Yusof, adik Muhammad Amirul Wafiy bin Nor Rosdi dan adik Natasha bt. Mat Arof dengan bacaan petikan cerita Bahasa Inggeris yang bertajuk “ The Little Red Riding Hood”. Setelah selesai persembahan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn. Nurdiyana bt. Shafie, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG, Mengabang Telipot.
            Majlis diteruskan lagi dengan Pelancaran Program NILAM & Light Reading bagi tahun 2016 dengan gimik memecahkan air batu untuk mendapatkan buku NILAM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan menandatangani replika buku NILAM oleh Pn. Nurdiyana bt. Shafie. Setelah selesai majlis Pelancaran NILAM & Light Reading, majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang telah dilantik bagi sesi 2016. Selesai penyampaian sijil watikah pelantikan, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Pengawas Perpustakaan Sekolah yang diketuai oleh adik Muhammad Aiman Syamil bin Mohd Puzi. Majlis diakhiri dengan pemberian sedikit cenderahati kepada Pn. Nurdiyana bt. Shafie oleh Tuan Guru Besar, En. Abdul Halim bin Mohamed.






Khamis, 21 Januari 2016

Program Merentas Desa Daerah Kuala Nerus


Tahniah....
Ucapan tahniah buat adik Mohd Adam Uwais kerana telah menjadi johan pertandingan merentas desa peringkat Daerah Kuala Nerus yang berlangsung di SMK Batu Rakit ,Mengabang Lekor. Lebih 20 buah sekolah telah menyertai acara ini dengan penglibatan seramai 125 orang murid perempuan dan 159 orang murid lelaki.
Program ini dirasmikan oleh YB Tn Hj Bazlan Bin Abdul Rahman  Adun Batu Rakit.

Tahniah sekali lagi.......

Rabu, 20 Januari 2016

Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah

Satu program gotong royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan pada hari ini (20.1.2016) bagi membasmikan pembiakan nyamuk aedes. Program ini bermula se awal jam 8.00 pg. dengan penglibatan semua warga sekolah termasuk guru, kakitangan ,murid dan pekerja swasta.

http://skkompleksmengabangtelipot.blogspot.my/p/blog-page_99.html

Selasa, 19 Januari 2016

PELANCARAN PROGRAM 'JOM KE SEKOLAH' SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, 2016

Kempen “Jom ke Sekolah “ ini merupakan program yang dirangka khusus untuk menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah menggunakan unsur-unsur peneguhan positif dan mendorong murid berdisiplin secara semulajadi.Majlis pelancaran Jom Hadir Ke Sekolah telah berjaya disempurnakan oleh En. Abdul Halim Bin Mohamed Guru Besar SK Kompleks Mengabang Telipot pada 17.1.2016 bertempat di dewan sekolah. Majlis dimulai dengan ucapan guru Kaunseling Pn. Rahimawati dan GPK Hal Ehwal Murid En Mohd Nazri.

RASIONAL
Murid-murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Peratus murid yang tidak hadir ini menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah.

OBJEKTIF

· Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
· Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid.
· Meningkatkan keprihatinan sekolah dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan murid
· Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.




Isnin, 18 Januari 2016

18 Januari 2016

Satu kursus Latihan dalam Perkhidmatan( LADAP) telah dijalankan di sekolah bermula jam 2.00 ptg dan berakhir pada jam 5.15 ptg. Kursus bertajuk  Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21) telah disampaikan CIC+ PPD Kuala Terengganu iaitu Mr Shahrizal, En. Roslan Mat dan Pn.Hajah Laili. Peserta yang terlibat terdiri daripada 41 orang guru SKOMT.
Kursus yang mengambil masa selama 3 jam telah memberi banyak input yang berguna dan pengalaman baru bagi guru untuk memperkukuhkan lagi PdP di masa yang akan datang.Insyaallah.