SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, KUALA NERUS

Khamis, 28 Januari 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS dan Pelancaran Program NILAM & Light Reading Peringkat Sekolah 2016

            Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pelancaran Program NILAM & Light Reading  telah dilaksanakan pada 24 Januari 2016 iaitu pada hari Ahad. Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Nurdiyana bt. Shafie, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG, Mengabang Telipot. Majlis dimulai dengan ucapan daripada Pn. Hjh. Zailani bt. Abdullah, Penyelaras NILAM dan diikuti oleh Pn. Hjh. Jamayah bt. Tailan, Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris, seterusnya ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar, En. Abdul Halim bin  Mohamed.
            Majlis diteruskan dengan dua persembahan daripada murid iaitu persembahan pertama oleh adik Zulfah Izzah bt. Zulkifli dengan bacaan petikan cerita Bawang Merah dan Bawang Putih. Persembahan kedua disampaikan oleh adik Wan Kauthar bt. Wan Yusof, adik Muhammad Amirul Wafiy bin Nor Rosdi dan adik Natasha bt. Mat Arof dengan bacaan petikan cerita Bahasa Inggeris yang bertajuk “ The Little Red Riding Hood”. Setelah selesai persembahan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn. Nurdiyana bt. Shafie, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG, Mengabang Telipot.
            Majlis diteruskan lagi dengan Pelancaran Program NILAM & Light Reading bagi tahun 2016 dengan gimik memecahkan air batu untuk mendapatkan buku NILAM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan menandatangani replika buku NILAM oleh Pn. Nurdiyana bt. Shafie. Setelah selesai majlis Pelancaran NILAM & Light Reading, majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang telah dilantik bagi sesi 2016. Selesai penyampaian sijil watikah pelantikan, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Pengawas Perpustakaan Sekolah yang diketuai oleh adik Muhammad Aiman Syamil bin Mohd Puzi. Majlis diakhiri dengan pemberian sedikit cenderahati kepada Pn. Nurdiyana bt. Shafie oleh Tuan Guru Besar, En. Abdul Halim bin Mohamed.