SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, KUALA NERUS

Selasa, 19 Januari 2016

PELANCARAN PROGRAM 'JOM KE SEKOLAH' SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT, 2016

Kempen “Jom ke Sekolah “ ini merupakan program yang dirangka khusus untuk menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah menggunakan unsur-unsur peneguhan positif dan mendorong murid berdisiplin secara semulajadi.Majlis pelancaran Jom Hadir Ke Sekolah telah berjaya disempurnakan oleh En. Abdul Halim Bin Mohamed Guru Besar SK Kompleks Mengabang Telipot pada 17.1.2016 bertempat di dewan sekolah. Majlis dimulai dengan ucapan guru Kaunseling Pn. Rahimawati dan GPK Hal Ehwal Murid En Mohd Nazri.

RASIONAL
Murid-murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Peratus murid yang tidak hadir ini menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah.

OBJEKTIF

· Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
· Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid.
· Meningkatkan keprihatinan sekolah dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan murid
· Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.